KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Pengenalan
Aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.
Rasional
- Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh pihak NGO untuk diikuti oleh murid-murid. Oleh itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.
- Guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaaannya mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dikesan dengan lebih awal.
Objektif
- Tidak ada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
- Memastikan aktiviti yang dijalankan , dirancang dengan mengambilkira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
- Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.
Peranan pihak-pihak di dalam menjalankan aktiviti kokurikulum
1. Peranan murid
- melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru.
- mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
- melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
- mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.
2. Peranan kaunselor
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui: - Poster
- Perhimpunan Mingguan
- Ceramah
- Bengkel
- Pengajaran dam Pembelajaran dalam kelas
- Tayangan video
- Ceramah
- Edaran
- Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
- Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat yang jahat.
- Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
- Menganalisis setiap kejadian.
- Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan , Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
- Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
3. Peranan ibu bapa
- Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
- Meneliti dan mengisi borang -borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
- Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
- Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan .
- Mengenalpasti guru-guru menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan / pihak sekolah.
Tatacara murid di dalam kegiatan:
A. Sukan dan permainan
Sebelum menjalankan aktiviti, anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari semasa ke semasa kepada guru yang berkenaan.
- Anda hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
- Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa ketidakselesaan sewaktu menjalankan aktiviti.
- Anda hendaklah beratur di tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kawasan sukan.
- Anda boleh bergerak ke kawasan sukan setelah diberi arahan oleh guru.
- Anda dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan.
- Tidak boleh memulakan aktiviti fizikal tanpa arahan guru.
- Anda tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
- Anda mesti mengikuti arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan atau permainan.
- Sekiranya anda berasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri semasa aktiviti pergerakan , anda harus berhenti dan memberitahu guru.
- Anda mesti menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
-
- Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika ada alatan yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak , jangan gunakan dan laporkan segera kepada guru.
- Anda hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.
- Anda hendaklah berbaris selepas tamat aktiviti dan berjalan dalam barisan menuju ke tapak perhimpunan.
ii. Unit beruniform
- Anda mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
- Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
- Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli.
- Ahli yang tidak dapat hadir mesti dilaporkan dengan segera
- Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
- Tunggu arahan daripada guru penasihat.
- Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
- Pastikan alatan yang hendak digunakan tidak rosak dan sekiranya rosak jangan menggunakan alatan tersebut dan segera laporkan kepada guru.
- Sekiranya berlaku kemalangan, ikut tatacara menghadapi kemalangan dan berikan rawatan mengikut jenis kemalangan.
iii. Kelab/ persatuan
- Pelajar berada di bilik/ tempat tepat pada masa yang ditetapkan.
- Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
- Pelajar memaklumkan sebab/alasan kepada guru sekiranya tidak dapat hadir.
- Pelajar hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah/ guru penasihat.
- Pelajar hendaklah mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
- Sekiranya berlaku kemalangan / kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
- Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan aktiviti , guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa/ penjaga dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.
iv. Aktiviti gotong-royong
- Melengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga.
- Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.
- Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru.
- Penggunaan peralatan yang tajam mesti mendapat pengawasan dari guru.
- Maklumkan dengan guru segera sekiranya ternampak serangga/ binatang yang ganjil/berbahaya.
- Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
- Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
- Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan dalam keadaan sempurna.
- Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
- Memulangkan semula peralatan gotong-royong yang digunakan.
- Membersihkan diri selepas aktiviti gotong-royong tamat.
Tatacara-tatacara yang perlu diambil di dalam menjalankan kegiatan kokurikulum
i. Tatacara Guru
- Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungnya.
- Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum , semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
- Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan murid serta sentiasa dikemaskini.
- Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
- Menggantikan peralatan yang tidak selamat dan tidak boleh digunakan.
- Menyimpan dan menyelenggarakan stok peralatan dengan sempurna dan kemas kini.
- Menjalankan pemeriksaan fizikal murid secara berkala dan mendapatkan laporan kesihatan tentang murid yang mempunyai masalah kesihatan.
- Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
- Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/ penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
- Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
- Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
- Mencatat kehadiran murid.
- Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid.
- Membuat penilaian secara pemerhatian, penulisan dan lisan untuk tindakan susulan dan memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
- Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan ) semasa aktiviti dijalankan.
- Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan selesa dan selamat.
- Memastikan semua murid beratur sebelum dan selepas aktiviti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bilangan murid yang ada.
ii. Tatacara ibu bapa / penjaga
- Menandatangani surat kebenaran ibu bapa / penjaga
- Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
- Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
- Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
- Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai aktiviti.
- Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
- Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
- Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
- Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.