Blogger Templates

Sunday, October 25, 2009

Keselamatan Kokurikulum:

KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum adalah merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.

Rasional

  • Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh pihak NGO untuk diikuti oleh murid-murid. Oleh itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.
  • Guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaaannya mendapat kemalangan disebabkan masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dikesan dengan lebih awal.

Objektif

  • Tidak ada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • Memastikan aktiviti yang dijalankan , dirancang dengan mengambilkira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
  • Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

Peranan pihak-pihak di dalam menjalankan aktiviti kokurikulum

1. Peranan murid

    • melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru.
    • mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
    • melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
    • mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

2. Peranan kaunselor

Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
  • Poster
  • Perhimpunan Mingguan
  • Ceramah
  • Bengkel
  • Pengajaran dam Pembelajaran dalam kelas
  • Tayangan video
  • Ceramah
  • Edaran
  • Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
  • Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat yang jahat.
  • Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
  • Menganalisis setiap kejadian.
  • Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan , Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
  • Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

3. Peranan ibu bapa

  • Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
  • Meneliti dan mengisi borang -borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
  • Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
  • Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan .
  • Mengenalpasti guru-guru menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan / pihak sekolah.

Tatacara murid di dalam kegiatan:

A. Sukan dan permainan

Sebelum menjalankan aktiviti, anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari semasa ke semasa kepada guru yang berkenaan.

  • Anda hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
  • Anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa ketidakselesaan sewaktu menjalankan aktiviti.
  • Anda hendaklah beratur di tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kawasan sukan.
  • Anda boleh bergerak ke kawasan sukan setelah diberi arahan oleh guru.
  • Anda dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan.
  • Tidak boleh memulakan aktiviti fizikal tanpa arahan guru.
  • Anda tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
  • Anda mesti mengikuti arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan atau permainan.
  • Sekiranya anda berasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri semasa aktiviti pergerakan , anda harus berhenti dan memberitahu guru.
  • Anda mesti menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.

  • Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika ada alatan yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak , jangan gunakan dan laporkan segera kepada guru.
  • Anda hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang bertugas.
  • Anda hendaklah berbaris selepas tamat aktiviti dan berjalan dalam barisan menuju ke tapak perhimpunan.

ii. Unit beruniform

  • Anda mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
  • Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
  • Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli.
  • Ahli yang tidak dapat hadir mesti dilaporkan dengan segera
  • Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
  • Tunggu arahan daripada guru penasihat.
  • Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
  • Pastikan alatan yang hendak digunakan tidak rosak dan sekiranya rosak jangan menggunakan alatan tersebut dan segera laporkan kepada guru.
  • Sekiranya berlaku kemalangan, ikut tatacara menghadapi kemalangan dan berikan rawatan mengikut jenis kemalangan.

iii. Kelab/ persatuan

  • Pelajar berada di bilik/ tempat tepat pada masa yang ditetapkan.
  • Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
  • Pelajar memaklumkan sebab/alasan kepada guru sekiranya tidak dapat hadir.
  • Pelajar hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah/ guru penasihat.
  • Pelajar hendaklah mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Sekiranya berlaku kemalangan / kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
  • Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan aktiviti , guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa/ penjaga dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

iv. Aktiviti gotong-royong

  • Melengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga.
  • Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.
  • Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru.
  • Penggunaan peralatan yang tajam mesti mendapat pengawasan dari guru.
  • Maklumkan dengan guru segera sekiranya ternampak serangga/ binatang yang ganjil/berbahaya.
  • Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
  • Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
  • Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan dalam keadaan sempurna.
  • Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
  • Memulangkan semula peralatan gotong-royong yang digunakan.
  • Membersihkan diri selepas aktiviti gotong-royong tamat.

Tatacara-tatacara yang perlu diambil di dalam menjalankan kegiatan kokurikulum

i. Tatacara Guru

  • Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungnya.
  • Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum , semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
  • Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan murid serta sentiasa dikemaskini.
  • Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
  • Menggantikan peralatan yang tidak selamat dan tidak boleh digunakan.
  • Menyimpan dan menyelenggarakan stok peralatan dengan sempurna dan kemas kini.
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal murid secara berkala dan mendapatkan laporan kesihatan tentang murid yang mempunyai masalah kesihatan.
  • Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
  • Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/ penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
  • Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
  • Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
  • Mencatat kehadiran murid.
  • Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid.
  • Membuat penilaian secara pemerhatian, penulisan dan lisan untuk tindakan susulan dan memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
  • Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan ) semasa aktiviti dijalankan.
  • Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan selesa dan selamat.
  • Memastikan semua murid beratur sebelum dan selepas aktiviti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bilangan murid yang ada.

ii. Tatacara ibu bapa / penjaga

  • Menandatangani surat kebenaran ibu bapa / penjaga
  • Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
  • Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
  • Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
  • Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai aktiviti.
  • Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
  • Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
  • Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
  • Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

Keselamatan Kokurikulum:

Posted by Posted by SMK Perlis On 1:56 AM