Blogger Templates

Wednesday, October 21, 2009

Kokurikulum

KEGIATAN KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERLIS

DEFINISI KEGIATAN KOKURIKULUM:

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi difinisi Kokurikulum iaitu :

“ kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Kegiatan kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab, sukan dan lain-lain gerak kerja pendidikan.

Kepentingan Gerak Kerja Kokurikulum :

Gerak kerja kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar di sekolah. Menerusi gerak kerja kokurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat, dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental pelajar. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan pelajar..

Matlamat/ Objektif Gerak Kerja Kokurikulum:

  • Antara matlamat / objektif gerak kerja kokurikulum sekolah ini ialah :
  • Menyemaikan kesedaran pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
  • Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar.
  • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam gerak kerja yang diceburi.
  • Menerapkan kemahiran asas vokasional sebagai persiapan awal alam pekerjaan kelak.
  • Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.
  • Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
  • Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa
    dan masyarakat.

Cara Mencapai Matlamat Gerak Kerja Kokurikulum :

Matlamat boleh dicapai dengan cara :-

  • Melibatkan semua pelajar dengan secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan di dalam berbagai
    jenis gerak kerja.
  • Melibatkan pelajar dari semua kaum dan kategori dalam semua gerak kerja kokurikulum .
  • Melibatkan pelajar atau pihak sekolah dalam khidmat masyarakat
  • Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)
  • Merancang gerakerja dengan teliti dan sistemetik.
  • Melibatkan Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) dan masyarakat setempat
  • Memberitahu ibubapa mengenai matlamat gerak kerja kokurikulum sekolah serta langkah-langkah yang hendak dilaksanakan.
  • Mencatat segala gerak kerja dan kemajuan yang telah dicapai.
  • Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat.

UNSUR-UNSUR PENDIDIKAN DALAM KOKURIKULUM:

Antara unsur-unsur pendidikan dalam gerak kerja adalah seperti berikut :-

  • Percaya kepada Tuhan
  • Beradab dan bersusila; seperti bersopan santun, berbudi bahasa dan hormat- menghormati .
  • Taat dan setia seperti patuh kepada peraturan.
  • Bertanggungjawab seperti boleh diharapkan atau dipercayai.
  • Amanah seperti jujur dan ikhlas.
  • Mengawal diri seperti disiplin kendiri, menjauhkan daripada melakukan sesuatu yang tidak baik.
  • Tolong menolong dan bekerjasama.
  • Menjaga kebersihan dan alam sekitar.
  • Kasih sayang dan belas kasih.
  • Bertimbang rasa dan bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafan.
  • Bercita-cita dan bersemangat tinggi, rajin dan berusaha .
  • Gembira dan bersyukur.
  • Keberanian; seperti berkeyakinan tinggi, cekal hati dan berani mencuba.
  • Intelek; seperti berfikiran ke depan.
  • Lojik; seperti rasional, sistematis, bekerja dengan tertib dan teliti.
  • Berdikari dan dedikasi seperti kebebasan membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan.
  • Menyuburkan rasa perikemanusiaaan.

Jenis Gerak Kerja Kokurikulum Yang Ditawarkan :

6.1. Pasukan Pakaian Seragam :

6.2. Pesatuan, Kelab, Hobi dan Rekreasi :

6.3. Sukan

PERATURAN-PERATURAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM:

Penyertaaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan dalam buku laporan kokurikulum. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 1/1986. KP (B5)8591 Jld. (41) bertarikh 15 Januari 1986).

Penyertaan Pelajar

Setiap pelajar diwajibkan menyertai ketiga-tiga bidang kokurikulum iaitu unit beruniform, kelab / persatuan dan sukan / permainan. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Subperkara 5.1 Bil 1/85)

Penyertaan Guru

  • Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah.(Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Subperkara 5.2 Bil.1/1985. KP (B5) 8591 Jld.11(29)bertarikh 2 Januari 1985).

  • Guru-guru penasihat perlu ada bersama semasa menjalankan kegiatan kokurikulum bagi mengawasi sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah bagi mengawasi keselamatan pelajar. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 9/2000 dan tambahan Bil 9/2000)

  • Kakitangan Sekolah Penyertaan kakitangan sekolah sangat-sangat digalakkan dan dialu-alukan untuk memastikan penyertaan yang menyeluruh untuk pelaksanaan gerakerja kokurikulum sekolah.

PAKAIAN:

  • Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan sukan/permainan dan digalakkan menggunakanuniform pakaian seragam untuk perjumpaan unit beruniform. Pelajar perlu juga menjaga kebersihan persekitaran. (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 1 & 2 /1996).
  • Pakaian Unit Beruniform: Ahli Unit Beruniform dikehendaki memakai uniform unit yang lengkap atau Baju T berkolar Unit Beruniform.
  • Pakaian Sukan / Permainan: Ahli-ahli kelab permainan/sukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang dibenarkan oleh pihak sekolah semasa menjalankan aktiviti ( sama ada T-Shirt PJK Sekolah atau T-Shirt Persatuan ) .
  • Pakaian Kelab/Persatuan:Ahli-ahli Kelab/Persatuan dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan dibenarkan semasa menjalankan aktiviti.
  • Sebarang tempahan T-Shirt persatuan/kelab, ‘design” T-Shirt perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan ( Guru Besar / GPK Kokurikulum) .

KESELAMATAN PELAJAR:

  • Guru mesti mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan sukan (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil 9/2000).
  • Alat bantu kecemasan perlu dibawa bersama setiap kali aktiviti luar sekolah dijalankan ( Boleh dapatkannya daripada Guru Rawatan).
  • Memastikan pelajar mendapat Skim Perlindungan Diri. ( Insuran Tambahan jika perlu ).
  • Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah dipastikan mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Keselamatan dan kebajikan pelajar perlu diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.
  • Guru hendaklah mengiringi pelajar dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekirannya terdapat pelajar perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut.
  • Bagi semua aktiviti lasak, pelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Kesihatan pelajar perlu diberi perhatian dan diambil kira.
  • Pelajar yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. (perlu disertai surat pengesahan doktor).
  • Pelajar yang cedera, semput atau lelah tidak dibenarkan mengambil bahagian. ( Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000)

PENGGUNAAN UBAT-UBATAN DAN DADAH:

Penggunaan ubat-ubatan dan dadah di dalam sebarang aktiviti adalah dilarang sama sekali.

Segala penggunaan ubat-ubatan dan dadah perlulah diperakukan oleh doktor.

ALAT BANTU KECEMN (ABK):

  • Memastikan ABK lengkap dengan alatan serta perubatan asas.
  • Memastikan penggunaan alatan perubatan asas dalam ABK diawasi oleh pelajar atau guru yang mendapat latihan asas mengenainya
  • Boleh dapatkan ABK daripada GPK Kokurikulum/Penyelaras Unit Beruniform/ Penyelaras Permainan / Penyelaras Kelab/ Persatuan.

CUACA / MUSIM:

  • Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan ditempat lapang semasa cuaca buruk dan adanya petir atau kilat.
  • Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau diluar bilik darjah.
  • Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
    ( Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000)

LAPORAN KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN:

  • Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada guru besar dengan segera.
  • Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan (Rujuk Surat Perkeliling Ikthisas Bil. 9 /2000)

PELAPORAN / PENILAIAN AKTIVITI:

  • Guru Pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai. ( Rujuk Surat pekeliling Iktisasa Bil 9/2000 )
  • Semua Guru Penasihat perlu berkerjasama dalam membuat penilaian yang adil seperti yang ditetapkan dalam panduan penilaian kokurikulum.

Kokurikulum

Posted by Posted by SMK Perlis On 3:26 AM